BTS Media

Hak mengundi tidak mengecualikan yang sakit – Peguam

KREDIT FOTO: Aziz A. Shariff

 

Oleh Zainal AS Rashid

Perlembagaan Negara tidak membatalkan hak dan kelayakan mana-mana rakyat negara ini daripada mengundi dalam pilihan raya.

Pengecualian yang termaktub dalam perlembagaan hanya menggariskan dua alasan bagi membatalkan kelayakan seseorang untuk mengundi, iaitu ditahan kerana tidak siuman, dipenjara, atau dijatuhkan hukuman mati atau penjara lebih daripada setahun bagi kesalahan di mana-mana bahagian Komanwel.

Menurut peguam perlembagaan, A. Surendra Ananth, oleh yang demikian apabila seseorang mengalami penyakit atau dijangkiti penyakit bukanlah asas sah untuk menafikan hak mereka mengundi, lapor FMT.

Sehubungan itu, beliau berkata kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat peraturan mengenai pilihan raya tidaklah bertujuan untuk melucutkan hak mengundi yang termaktub di dalam perlembagaan.

SPR sepatutnya menyediakan peraturan yang membolehkan pesakit Covid-19 mengundi dengan cara yang selamat.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan kumpulan reformasi Bersih bahawa mereka akan membantu pengundi berkenaan untuk mengemukakan saman terhadap pihak Kementerian Kesihatan dan SPR.

Isu tersebut berbangkit apabila pengundi yang dijangkiti Covid-19 dihalang daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini.

-BTS Media

Leave a Comment