Oleh Zainal AS Rashid
PERDANA Menteri British, Rishi Sunak berkata apa yang dipanggil “era keemasan” hubungan United Kingdom dengan China telah berakhir.
Seterusnya, beliau berikrar untuk mengukuhkan pendirian UK terhadap negara komunis itu.
Dalam ucapan dasar luar yang pertamanya, Sunak berkata hubungan ekonomi yang lebih erat pada dekad sebelumnya dibuat tanpa kajian mendalam, lapor BBC.
Beliau berkata UK kini perlu bertukar daripada impian lampau kepada ketegasan apabila berdepan dengan negara pesaing.
Bagaimana pun, beliau memberi amaran terhadap “retorik Perang Dingin”, sambil menambah bahawa agenda global China tidak boleh diabaikan.
Sejak kebelakangan ini, Sunak diasak oleh penyokong parti konservatif supaya mengukuhkan pendirian UK terhadap China.
Ucapan beliau pada majlis ‘Lord Mayor’s Banquet’  di London itu, menyusul selepas protes serius di China pada hujung minggu bagi membantah undang-undang ‘lockdown’ Covid-19 yang ketat di negara itu.
Polis China Polis dilaporkan membuat beberapa tangkapan, dan seorang wartawan BBC telah ditahan dan dipukul sebelum dibebaskan semasa membuat liputan protes tersebut di Shanghai pada Ahad.
-BTS media