BEKAS menteri kabinet, Datuk Seri Ronald Kiandee kini merupakan satu-satunya tokoh Perikatan Nasional (PN) di Sabah yang setia berdiri menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin di blok pembangkang.
Beliau berjaya mempertahankan kerusi Beluran setelah dicalonkan oleh PN untuk berdepan dengan seorang calon GRS-Barisan pada Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
Kiandee, yang merupakan naib-presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyatakan pendiriannya untuk tetap bersama PN dan tidak akan menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-BTS Media