BTS Media

Istana Negara lanjut tempoh penyerahan pilihan Perdana Menteri ke pukul 2.00 petang esok

Oleh Zainal AS Rashid

ISTANA Negara telah menangguhkan hingga pukul 2.00 petang esok untuk dua gabungan pemenang Pilihan Raya Umum ke-15 mengemukakan pilihan Perdana Menteri masing-masing.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata tempoh itu dilanjutkan berikutan permintaan pemimpin parti dan gabungan.

Beliau berkata pentadbiran negara sedang berjalan selaras dengan prinsip yang digariskan untuk kerajaan sementara.

“Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat mendoakan agar proses pembentukan kerajaan baharu, pelantikan perdana menteri berjalan lancar demi kepentingan negara,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa gabungan politik berkenaan diberitahu supaya mengemukakan bilangan sokongan dan calon PM mereka kepada istana selewat-lewatnya pukul 2.00 petang hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment