BTS Media

Ketua Penerangan UMNO umum letak jawatan, minta Zahid ikut sama

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengumumkan peletakan jawatannya bagi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada masa sama, beliau turut menggesa agar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi supaya  turut berundur secara terhormat bagi mengambil tanggungjawab kekalahan ini.

“Saya sependapat dengan Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) bahawa pemimpin nombor satu (Presiden UMNO dan Pengerusi BN) perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini dengan berundur secara terhormat.

“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini.

“Atas semangat ‘collective responsibility’ itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Shahril, keputusan besar sebegitu memang perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan bukannya mana-mana individu atau kelompok sahaja.

-BTS Media

Leave a Comment