BTS Media

Kenyataan undi BN, PH ‘masuk neraka’: Ketua Pemuda PAS Sik mohon rehat

KETUA Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir telah memohon untuk berehat daripada jawatannya, termasuk semua jawatan dalam parti itu.

Permohonan yang dibuat melalui surat bertarikh 11 Nov lepas itu telah disampaikan kepada Setiausaha PAS Kawasan Sik.

Dalam surat itu, Shahiful menyatakan bahawa ia adalah susulan video yang tular dalam mana dia berkata sesiapa mengundi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan masuk neraka.

Menurutnya, permohonan itu dibuat secara sukarela dan dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Ucapan dalam video itu merupakan ucapan saya sendiri dan bukan mewakili PAS khususnya, Perikatan Nasional (PN) amnya. Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sama ada dalam PAS mahupun PN yang terkesan dan tersinggung akan ucapan saya itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dihubungi mengesahkan mengenai permohonan Mohd Shahiful itu.

-BTS Media

Leave a Comment