PELUKIS grafik dan aktivis, Fahmi Reza dilarang mengadakan forum mengenai demokrasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Ini kali kedua forumnya “Kelas Demokrasi” dihentikan selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan yang sama semalam.
Dalam video pendek yang dimuat naik ke Twitter hari ini, Fahmi memberitahu kira-kira 300 pelajar bahawa beliau diminta menghentikan sesi itu.
“Polis bantuan kata kita perlu bersurai,” katanya dengan sekumpulan individu “boo” pihak berkuasa atas arahan itu.
Tetapi, dalam tweet berikutnya, Fahmi berkata, sesi itu akan diteruskan di lokasi baharu di luar kampus.
Melalui Forum itu, Fahmi berkongsi kefahaman tentang sistem demokrasi dengan harapan para pelajar lebih bermaklumat untuk membuat pilihan apabila mengundi.
-BTS Media