Oleh Yusoff A. Shariff
KERAJAAN negeri Pulau Pinang mengisytiharkan sehari sebelum hari pengundian (18 Nov) sebagai cuti khas.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dibuat sempena hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang jatuh pada 19 Nov.
Dalam satu kenyataan pada Khamis (10 Nov), beliau berkata cuti khas itu adalah untuk memberi masa dan galakan kepada rakyat Pulau Pinang melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Selain Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan juga telah mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti khas untuk negeri masing-masing.
-BTS Media