Oleh Yusoff A. Shariff
PENJAWAT awam di negeri Kedah dan anggota pentadbiran negeri akan mendapat bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500.
Menurut Menteri Besar Sanusi Md Nor ia merupakan penghargaan bagi sumbangan dan pengorbanan mereka.
Mengumumkan perkara ini pada pembentangan Bajet Kedah 2023 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Alor Setar hari ini, beliau berkata bantuan khas itu melibatkan jumlah sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada Disember depan.
Sementara itu, Sanusi berkata, semua guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK) akan menerima faedah kenaikan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
“Peruntukan Dasar Baru yang diluluskan untuk perkara ini adalah sebanyak RM622,000,” katanya.
-BTS Media