KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) semalam mengumumkan pelajar di institusi pusat pengajian tinggi di bawah kementerian itu diberi cuti lima hari bermula 17 November sehingga 21 November untuk mereka pulang mengundi.
Dalam satu kenyataan, KPM berkata dalam tempoh itu semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar di institusi pendidikan guru, kolej matrikulasi, vokasional dan Tingkatan Enam ditangguhkan ke tarikh lain.
“Ketetapan KPM ini adalah selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing,” katanya.
Menurut kementerian itu, keputusan ini diambil sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan akhir tahun lalu.
Pendaftaran automatik pemilih baru berkuat kuasa pada akhir tahun lalu berikutan kelulusan rang undang-undang (RUU) untuk menurunkan umur mengundi dari 21 kepada 18 tahun selepas ia disokong sebulat suara di Dewan Rakyat.
Daripada sebanyak tuju juta pengundi baharu dalam daftar pemilih, kira-kira 16 peratus adalah pengundi berumur18-20 tahun.
-BTS Media