BTS Media

Persaingan meningkat untuk masuk ke universiti awam tahun ini, kata KP Kementerian

Oleh Zainal AS Rashid

PERSAINGAN untuk mendapat tempat di universiti awam sangat tinggi tahun ini, kata ketua pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Prof Dr Husaini Omar.

Ini menyebabkan ramai pemohon tidak dapat mengikuti kursus pilihan mereka, terutamanya kursus popular seperti perubatan, perakaunan dan pergigian, kata beliau kepada media pada majlis taklimat UPUonline di Kementerian Pengajian Tinggi pada Khamis (29 Sept).

Taklimat tersebut diadakan susulan isu dibangkitkan melalui media sosial oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran mengikuti kurus yang dipilih, walaupun keputusan SPM mereka cemerlang.

UPU Online adalah portal untuk lepasan sekolah memohon kursus di IPTA.

Husaini berkata tawaran dibuat berdasarkan meritokrasi, dengan mengambil kira markah akademik dan kokurikulum serta “band” Malaysian University English Test (MUET).

Selain itu, pemohon perlu memenuhi kriteria kursus yang ditetapkan oleh universiti dan, jika perlu, lulus temu duga atau peperiksaan kemasukan.

-BTS Media

Leave a Comment