GAMBAR ATAS: Facebook Shahidan Kassim.
Oleh Zainal AS Rashid
AKTIVITI memancing tidak dibenarkan di tasik Metropolitan Kepong di Kuala Lumpur sehingga masalah pencemaran di situ selesai.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan keputusan itu susulan laporan perunding bebas dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang (DBKL) menyatakan bahawa tasik itu tidak lagi sesuai untuk aktiviti memancing.
Sebelum ini Shahidan telah membatalkan pertandingan yang dijadualkan berlangsung di lokasi itu pada Ahad, dan kemudian mengadakan lawatan ke tasik tersebut susulan aduan tentang keadaannya yang tercemar.
Beliau berkata sampel air yang diambil secara berkala antara 1 Jun dan 31 Julai didapati mengandungi bahan cemar sehingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada yang sepatutnya berada pada air tasik berkenaan, lapor The Star.
Shahidan berkata selain pembatalan pertandingan memancing itu, DBKL juga tidak membenarkan apa jua aktiviti di tasik tersebut sehingga keadaannya dipulihkan.
Buat masa ini beliau berkata terdapat bau busuk tidak terhingga, terutama di kawasan cetek tasik itu.
Menurut beliau usaha untuk membersihkan tasik tersebut termasuk beberapa kaedah seperti yang digunakan di Tasik Putrajaya, tetapi ia akan mengambil masa hingga sebulan.
Oleh itu, alat yang digunakan di Putrajaya perlu dipinjam, tetapi akan memakan masa kira-kira dua minggu.
Buat sementara ini, Shahidan berkata DBKL akan menggunakan pam untuk mengalirkan air tasik, selain membersihkan bahagian permukaan secara manual bagi mengurangkan bau busuk.
Kerjasama juga akan diadakan dengan pihak Indah Water Konsortium dan agensi-agensi berkaitan.
-BTS Media
1 comment
assalamualaikum dan selamat malam.
saya mahu bertanya, sekarang boleh kah memancing di tasek layang-layang kepong?
sekian. itu sahaja soalan yg ingin saya tanyakan..