LIMA guru dan 14 kanak-kanak diselamatkan dari sebuah tadika di Johor Baru yang dilanda banjir pagi Ahad (25 Sept).
Pegawai Bomba dan Penyelamat Larkin Nazarudin Yusof berkata sepasukan anggota telah dihantar ke Kampung Mohd Amin pada kira-kira 9.30 pagi untuk menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata mereka mendapati kanak-kanak duduk di atas meja untuk mengelak air banjir sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.
Kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke sebuah restoran makanan segera berdekatan bagi memastikan keselamatan mereka sebelum operasi berakhir pada pukul 10.45 pagi, katanya lagi.
Pagi tadi beberapa kawasan di Johor dilaporkan dilanda banjir berikutan hujan dan air pasang.
Menjelang tengah hari langit kembali cerah.
-BTS Media