BTS Media

Banjir landa Johor, angin kencang di Pontian dan Muar

GAMBAR ATAS: Pertahanan Awam.

 

Oleh Fetty Rara

BEBERAPA kawasan di Johor dilanda banjir dan angin kencang berikutan hujan beberapa jam.

Angkatan Pertahanan Awam Johor dalam satu kenyataan berkata dua pusat pemindahan banjir dibuka di Batu Pahat bagi menempatkan keluarga dari Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai selepas air banjir memasuki kediaman rumah pada Ahad (25 Sept).

Di Johor Baru, kawasan termasuk Batu 10 di Skudai, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Tabula Kemas di Skudai Kiri, Kampung Mohd Amin, Kampung Ubi, Kampung Tiram Duku, Kampung Peladang, Kampung Baru Muafakat, Kampung Pekajang dan Kampung Paya Mengkuang turut dinaiki air.

Di Pontian dan Muar, bumbung beberapa rumah diterbangkan angin kencang.

Yang terjejas rumah di Kampung Sungai Naga, Ayer Baloi dan Parit Haji Omar berhampiran Kampung Kayu Ara Pasong di Pontian serta Kampung Parit Jamil dan Sabak Awor di Muar.

Menurut kenyataan itu lagi, banjir yang berpunca daripada hujan lebat dan air pasang besar menyebabkan air naik dengan cepat. Bagaimana pun, air banjir sudah mula surut di kawasan beberapa kawasan.

-BTS Media

Leave a Comment