Oleh Fetty Rara
KELUARGA bekas perdana menteri Najib Razak menggesa pihak berkuasa membenarkan beliau mendapat akses kepada rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya.
Tekanannya darahnya dikatakan telah mencecah paras berbahaya pada Isnin (12 Sept).
Pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, berkata doktor mendapati pelbagai ulser baharu dalam perutnya semasa prosedur perubatan pada Sabtu lepas, lapor NST.
Mukhlis berkata doktor dari Hospital Kuala Lumpur terpaksa memotong beberapa ulser di bahagian perut Najib untuk menghentikan pendarahan yang berlaku semasa biopsi pada Ahad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Najib telah beberapa kali mengalami masalah tersebut sejak 15 tahun dahulu, dan beliau pernah dimasukkan ke hospital selama beberapa hari untuk merawat keadaan itu pada 2015.
Mukhlis berkata tahun lalu Najib juga dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta selama kira-kira seminggu, di mana beliau diberikan transfusi darah sebanyak lima kali.
Menurut Mukhlis, Najib telah meminta diletakkan dalam pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur, tetapi permintaan ditolak.
Beliau berkata Najib diberikan discaj, ditukar ubat preskripsi yang diambilnya sejak bertahun dan kemudian kembali ke Penjara Kajang.
“Pagi ini, ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan tekanan darah Najib sangat tinggi akibat pertukaran ubat.
“Ini menyebabkan timbalan pendakwa raya memberitahu hakim pagi ini bahawa kesihatan Najib dalam keadaan lemah dan dia perlu dihantar ke hospital.
Najib, 69, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
-BTS Media