INDONESIA terbuka kepada pembatalan perjanjian dengan Malaysia berhubung pengambilan pembantu rumah, kata Duta Besar Indonesia Hermono.
Beliau berkata ini kerana Malaysia gagal mematuhi memorandum persefahaman (MOU) pembantu rumah warga Indonesia, yang ditandatangani hanya tiga bulan lalu.
Hermono berkata perkara ini mudah kerana MOU tersebut sepatutnya dipatuhi kerana kedua-dua kerajaan telah menandatanganinya.
Bagi beliau jika satu pihak tidak bersetuju dengan MOU itu, ia boleh dibatalkan, lapor Berita Harian.
Hermono mencadangkan supaya Putrajaya menyerahkan surat kepada kedutaan Indonesia untuk membatalkan perjanjian itu.
Beliau berkata surat itu akan disampaikan kepada kerajaan Indonesia.
Indonesia pada Selasa telah menggantung sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia.
Semalam (Rabu 14 Jul) Hermono berkata ia adalah berikutan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia terus menggunakan sistem dalam talian pembantu rumah (MOS) bagi menguruskan pengambilan pembantu dari rumah Indonesia.
Beliau berkata ini secara terang menunjukkan “pelanggaran sepenuhnya” MOU berkenaan yang ditandatangani pada 1 April.
Hermono berkata Sistem Satu Saluran yang diperkenalkan di bawah MOU itu telah diketepikan.
Sistem MOS membenarkan pekerja Indonesia memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja, dan ini kaedah ini yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana ia dikatakan terbuka kepada amalan buruh paksa.
Susulan keputusan Indonesia itu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata Malaysia boleh mendapatkan tenaga kerja pembantu rumah dari negara lain.
-BTS Media