BTS Media

Pengurusan kes rayuan Rosmah terhadap sabitan rasuah, hukuman penjara pada 5 Okt

ATAS: Gambar fail/The Star.

 

RAYUAN Rosmah Mansor, 70, terhadap hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kerana rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt.

Peguam beliau,Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pengurusan kes, lapor The Star.

Pengurusan kes akan diadakan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan pada 1 Sept lepas, mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan ketiga-tiga tempoh penjara akan berjalan serentak.

Hakim turut dendanya RM970 juta dan jika gagal membayar, beliau boleh dihukum penjara 30 tahun.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Rosmah kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya pada 2 Sept. Dalam notis rayuan itu beliau berkata beliau tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Hakim Mahkamah Tinggi dan mahu merayu terhadap keputusannya.

Beliau juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk melucutkan kelayakan Mohamed Zaini daripada mendengar dan memutuskan kesnya.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini berpendapat pembelaan Rosmah hanyalah penafian dan wang RM6.5 juta itu sememangnya untuknya dan dia menerima wang itu di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta dan Seri Perdana.

-BTS Media

Leave a Comment