MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah terhadap Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara mengetepikan rayuan Azeez terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun lepas yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan.
Dua lagi hakim ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Azeez, bagaimana pun, dibebaskan daripada empat pertuduhan lain.
-BTS Media