GAMBAR ATAS: The Victims of Communism Memorial Foundation.
Oleh Zainal AS Rashid
LAPORAN bahagian hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan semalam (2 September) berkata, penahanan kaum etnik Muslim Uyghur oleh kerajaan China di wilayah Xinjiang disifatkan sebagai “jenayah kemanusiaan.”
Menurut NYT, laporan itu menyatakan bahawa dua pertiga daripada bekas tahanan yang ditemu bual menggambarkan perlakuan “yang sebenarnya adalah penyeksaan dan/atau penderaan dalam bentuk lain”.
Laporan itu, bagaimana pun, enggan menuduh apa yang dilakukan oleh kerajaan komunis China terhadap kaum etnik Muslim di wilayah itu sebagai “genosid” (pembunuhan beramai-ramai).
Hari ini kebanyakan akhbar dan media utama dunia menyiarkan tentang laporan tersebut.
Berikutan laporan ini, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengkritik ketua hak asasi manusia PBB Michelle Bachelet kerana dikatakan lewat hampir setahun dalam pengeluaran laporan itu.
Menurut agensi berita AP, laporan itu meminta Beijing (AP) membebaskan mereka yang telah ditahan sewenang-wenangnya dan mendedahkan lokasi individu-individu lain yang hilang.
Beijing, bagaimana pun, mengecam laporan itu sebagai rekaan semata-mata, manakala aktivis Uyghur menyambut baik pendedahannya.
Analisis
“Sekiranya laporan itu kukuh, ia sangat membantu kempen kesedaran dunia terhadap penindasan ke atas masyarakat Uyghur, dan harus mendorong sekurang-kurangnya beberapa negara untuk mengambil pendirian lebih tegas. Ia juga akan meyakinkan China bahawa mereka perlu memperbaiki lagi dasar negara itu, ” kata Philip Alston dari Universiti New York kepada CNN.
“Selepas laporan penting PBB ini, apa seterusnya? Ia adalah satu proses yang panjang – aktivis hak asasi manusia berharap siasatan rasmi ke atas Xinjiang diikuti dengan usaha mencari mekanisme baharu untuk mendakwa, walaupun akan memakan masa bertahun-tahun,” kata Yuan Yang, koresponden akhbar Financial Times yang berpangkalan di London.
-BTS Media