BTS Media

Malaysia kekal pada Tahap 3 laporan pemerdagangan manusia Jabatan Negara AS

GAMBAR ATAS: Jabatan Negara AS.

 

Oleh Zainal AS Rashid

MALAYSIA kekal diturunkan kepada Tahap 3 laporan tahunan pemerdagangan manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk tahun kedua berturut-turut.

Punca kemerosotan ini dikatakan adalah berikutan kegagalan kerajaan untuk mematuhi piawaian minimum untuk penghapusan pemerdagangan.

Laporan (baca laporan di sini) yang dikeluarkan hari ini itu juga merujuk kepada dakwaan bahawa kerajaan telah gagal menangani dengan lebih berkesan jenayah pemerdagangan manusia, berikutan kesan Covid-19 terhadap usaha memerangi jenayah tersebut.

Namun demikian, menurut laporan itu lagi kerajaan terus mengambil beberapa langkah untuk menangani pemerdagangan manusia.

Kerajaan telah berjaya mendakwa dan mensabitkan kesalahan terhadap beberapa pemerdagang, menerima pakai prosedur operasi standard (SOP) pengenalan mangsa, meneruskan usaha mengenal pasti dan menyediakan beberapa kaedah perlindungan mangsa pemerdagangan, dan secara terbuka mengeluarkan hasil tinjauan yang dibiayainya mengenai kelaziman buruh paksa dan buruh kanak-kanak di sektor minyak sawit.

Malaysia diletakkan dalam Senarai Pantau Tahap 2 antara 2018 hingga 2020 sebelum jatuh ke Tahap 3, peringkat terendah, tahun lepas.

Walaupun demikian, laporan itu menyatakan bahawa kerajaan terus menggabungkan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dan tidak menangani dengan secukupnya menangani atau meneruskan tindakan berhubung dakwaan yang boleh dipercayai daripada pelbagai sumber yang mendakwa berlaku pemerdagangan buruh, termasuk dalam industri pembuatan getah dan sektor minyak sawit, walaupun kerajaan memiliki 33% daripada syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia.

Tambah laporan itu lagi, Kerajaan terus bergantung kepada input mangsa untuk ‘mengenal pasti diri’ dan tidak melaksanakan SOP untuk mengenal pasti mangsa secara proaktif semasa melakukan serbuan.

Pihak berkuasa juga dikatakan meneruskan pendekatan tidak wajar menghukum mangsa bersabit kesalahan imigresen dan pelacuran.

337308-2022-TIP-REPORT-inaccessible

-BTS Media

Leave a Comment