BTS Media

Perbicaraan SRC Najib serta rayuan, mungkin punca kes lain lewat

 

Oleh Fetty Rara

KELEWATAN dalam perbicaraan Najib Razak membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd mungkin punca kes lain tertangguh, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, oleh kerana kes SRC Najib mengambil masa sangat lama (empat tahun), banyak kes mencuri, salah guna kuasa, dan rasuah melibatkan tokoh politik ditangguhkan dan tidak dibawa ke mahkamah.

“Melengahkan perbicaraan akan mengakibatkan keadilan diabaikan,” katanya kata dalam satu kenyataan pada Khamis (25 Ogos).

Bekas perdana menteri itu, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata Najib yang kini sedang dibicarakan bersabit kes lain (perbicaraan 1MDB), juga akan memakan masa lama.

Menurut beliau, kelewatan ini diburukkan lagi dengan gelagat Najib dan peguamnya menggunakan pelbagai alasan untuk melengahkan perbicaraan.

“Benarlah kata pepatah Inggeris bahawa ‘justice delayed is justice denied’,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga percaya kemungkinan besar Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun pada satu ketika nanti diampunkan.

-BTS Media

Leave a Comment