MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan beliau telah berkahwin dengan wanita yang dinamakan Rafizi Ramli sebagai terlibat dalam skandal LCS.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (22 Ogos), Abdul Latiff menafikan bahawa Zainab Mohd Salleh adalah isterinya.
“Sebagai menteri Kabinet, saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam sebarang siasatan lanjut,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, anak perempuan wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang dinamakan oleh Rafizi itu menafikan bahawa wanita itu ibunya, walaupun mempunyai nama sama.
Melalui mesej ringkas kepada portal The Vibes, Syaza Nazura menyangkal pembabitan ibunya dalam projek LCS, dan menegaskan yang dinamakan itu individu lain.
Dalam satu post Twitter, Syaza mengesahkan bahawa ibunya merupakan Ketua Pegawai Kewangan di syarikat minyak dan gas Dialog Group Bhd.
Tweet beliau dimuat naik sebagai respons kepada tweet presiden Parti Aspirasi Sains Malaysia Kenneth Chai yang mendakwa Zainab (Dialog Group) wanita yang terbabit dalam skandal projek LCS.
Syaza meminta beliau menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka. Chai telah memadamkan tweet berkenaan.
The Zainab Mohd Salleh in the Paradise Papers refers to the spouse of Mersing MP and not the CFO of Dialog Group Berhad as you had mentioned.
Zainab (CFO) is married to Dr Noor Azmi (pic).
Please retract your statement and issue a public apology.
Link: https://t.co/YKRiLmrQQK https://t.co/VkakkHeDeV pic.twitter.com/5N9xWhLMaS
— Syaza Nazura 🏴 (@nazu2308) August 22, 2022
-BTS Media