BTS Media

Saifuddin: Kenyataan keras Duta Khas PM ke China mengenai lawatan Pelosi ke Taiwan tidak mewakili Malaysia

KENYATAAN keras Tiong King Sing mengenai lawatan speaker dewan perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke Taiwan baru-baru ini tidak mencerminkan pendirian Wisma Putra, kata Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata dalam satu laporan sebuah portal pada Sabtu (6 Ogos) bahawa kenyataan itu tidak selari dengan perbincangan yang diadakan di Wisma Putra.

Tiong, yang merupakan duta khas perdana menteri ke Republik Rakyat China, berkata lawatan dua hari Pelosi pada 2 Ogos melanggar prinsip Satu China.

Dalam satu kenyataan sebelum ini beliau menyifatkan lawatan Pelosi itu sebagai menambah lagi ketidakstabilan di rantau ini.

-BTS Media

Leave a Comment