GAMBAR ATAS: Instagram/dean_musthafa.
PENERBIT muzik veteran dan jurutera bunyi Roslan Aziz dilaporkan bebas daripada kanser limfoma tahap empat selepas disahkan menghidapnya November lalu.
Sumber rapat dengan keluarganya memberitahu Astro Awani bahawa Roslan,60, bebas daripada kanser berikutan imbasan Tomografi Berkomputer (CT) baru-baru ini.
“Setakat ini, tiada tanda-tanda kanser berdasarkan imbasan CT. Alhamdulillah,” kata sumber itu.
Pada April lalu, Roslan memberitahu Astro Awani bahawa dia disahkan menghidap penyakit itu, yang dikesan pada November lalu selepas ujian darah dan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI).
Dia juga dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mungkin hanya mempunyai enam bulan lagi untuk hidup.
Bagaimanapun pada Jun lalu, Harian Metro melaporkan Roslan menunjukkan respons positif selepas menamatkan sesi kemoterapi keenamnya di Hospital Ampang, dan menurut isterinya Sopphilea Hamid, keadaannya semakin pulih berikutan rawatan.
“Walaupun dia tidak lagi aktif, dia boleh berjalan dan makan seperti sebelum ini,” kata Sopphilea.
Pengasas Roslan Aziz Productions (RAP) itu tidak asing lagi dalam industri muzik. Pada 1990-an, RAP mengambil bintang tempatan seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin di bawah labelnya.
-BTS Media