VIDEO ATAS: Facebook Rahim Kraf Fajar.
Oleh Fetty Rara
KEHADIRAN seekor babi hutan di Hospital Sik, Kedah mengejutkan petugas dan orang ramai.
Haiwan itu dikatakan merayau-rayau hingga memasuki sebuah bilik pejabat hospital pada Selasa (2 Ogos).
Bagaimanapun, selain kerosakan pada pintu kaca pejabat, tiada sesiapa yang cedera.
Foto dan video kejadian pada kira-kira pukul 1.55 tengah hari yang tular dalam media sosial menunjukkan babi hutan itu dalam keadaan takut memasuki bahagian pejabat berkenaan.
Usaha anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menangkap haiwan itu gagal, kerana ia berjaya melarikan diri ke hutan berdekatan.
-BTS Media