GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Fetty Rara
TELUR, sebagai sumber protein paling murah mungkin akan naik harga apabila ladang ayam mengurangkan pengeluaran disebabkan peningkatan kos, subsidi terhad dan harga siling.
Presiden Persatuan Peniaga Bakeri, Biskut, Konfeksi, Mi dan Kuay Teow Malaysia, Lai Yee Kein berkata kesannya akan menyaksikan pengguna dan juga perniagaan yang bergantung pada telur ayam perlu berbelanja lebih jika sesuatu tindakan tidak diambil sekarang.
Beliau berkata keadaan bergantung pada kadar penggunaan, dan pelaksanaan sistem harga siling bagi mengawal harga telur akan membawa kepada pengurangan pengeluaran oleh peladang, dan seterusnya kekurangan bekalan.
Lai juga berpendapat adalah tidak logik untuk tidak membiarkan petani menyesuaikan harga sedangkan kos bahan mentah telah melambung tinggi.
Beliau berkata, kerajaan harus membuat keputusan yang betul kerana ini melibatkan ekonomi negara, dan kekurangan berpanjangan boleh memburukkan lagi keadaan bagi petani dan pengguna.
Beliau berkata pengguna juga perlu memahami alasan di sebalik kenaikan harga dan tidak menyalahkan petani atau peniaga.
Pengeluaran ayam dan telur tempatan Malaysia adalah lebih daripada mencukupi. Bagaimanapun, pandemik Covid-19 dan perang Rusia-Ukraine yang berterusan telah membawa banyak masalah, hingga menyebabkan harga makanan ayam meningkat.
Ini bukan sesuatu yang boleh kita kawal,” katanya pada Jumaat sambil menambah bahawa tanggungjawab terletak pada kerajaan untuk memastikan impak yang minimum.
-BTS Media