GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Yusoff A. Shariff
Pengusaha ladang ayam diminta tidak meneruskan permainan harga ayam dengan mengurangkan bekalan ayam di pasaran kerana tindakan sebegitu membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) Muhammad Zawawi Salleh berkata kekurangan bekalan ayam tidak sepatutnya berlaku di pasaran.
Beliau memberitahu media di Kuala Terengganu pada Isnin bahawa ada sesuatu yang tidak kena bila bekalan ayam berkurangan.
Muhammad Zawai berkata MAFI sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyiasat perkara itu.
Beliau berharap pemain industri ayam dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu rakyat.
-BTS Media