BTS Media

Polis akan soal siasat Mohamad Hasan kerana buat kenyataan tidak sensitif

Oleh Yusoff A. Shariff

TIMBALAN presiden UMNO Mohamad Hasan akan dipanggil kerana didakwa membuat kenyataan tidak sensitif terhadap penganut agama Hindu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, beliau bersama beberapa individu, termasuk pengadu akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Bagaimana pun, beliau berkata belum ada tempoh masa ditetapkan untuk semua kenyataan direkodkan.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Asia Times, Mohamad dilaporkan merujuk kepada ‘beban’ kavadi ketika menjelaskan tentang kekalahan UMNO pada Pilihan raya Umum Ke-14.

Susulan itu, satu laporan dibuat di ibu pejabat polis Sentul, Kuala Lumpur oleh sayap bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

-BTS Media

Leave a Comment