GAMBAR ATAS: BTS Media.
Oleh Fetty Rara
MULAI 4 Julai, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi perlu mengisi Pas Pengembara, kata Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan hari ini (Jumaat 1 Julai), beliau berkata peraturan itu dilonggarkan bagi memudahkan warga Malaysia yang pulang ke tanah air setelah sistem kesihatan negara berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Beliau berkata syarat itu akan dimansuhkan secara berperingkat untuk kumpulan lain, termasuk pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap—tetapi buat masa ini ia hanya terpakai kepada warganegara Malaysia.
Khairy berkata warga asing masih perlu mengisi Pas Pengembara menggunakan aplikasi  MySejahtera sebelum memasuki negara ini.
Beliau berkata selain Covid-19, ini akan membolehkan Kementerian Kesihatan memantau penularan penyakit berjangkit lain seperti dalam kalangan mereka yang masuk ke negara ini.
Pas Pengembara telah dilancarkan pada 8 Okt 2020 untuk pelancong yang masuk dan keluar dari Malaysia.
-BTS Media