Oleh Zainal AS Rashid
Menteri Pendidikan, Radzi Jidin, pada Selasa (21 Jun) mengumumkan bahawa pengecualian sewa bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah di bawah kementeriannya (KPM) akan dikecualikan sehingga 31 Disember ini.
Beliau berkata keputusan perlanjutan bermula 1 Julai ini dibuat berdasarkan keadaan semasa.
“Tempoh dua tahun lalu adalah satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM.
“KPM membuat keputusan bahawa pengecualian sewa bagi premis KPM dilanjutkan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Radzi berkata KPM memahami pengusaha kantin dan penyewa premis sedang mengharungi fasa pemulihan susulan pandemik Covid-19 dan yakin perlanjutan selama enam bulan lagi itu akan dapat membantu dan dimanfaatkan mereka.
-BTS Media