Oleh Fetty Rara
Setelah Allahyarham Adibah Noor meninggal dunia pada 18 Jun, ramai yang tertanya-tanya apa nasib kucing-kucing kesayangannya.
Persoalan ini terjawab apabila pembantu peribadi Adibah yang hanya dikenali sebagai Cik Todd berkata haiwan itu akan dijaga olehnya dan keluarga Adibah.
Dalam satu tweet semalam (20 Jun), Cik Todd berkata dia akan menjaga haiwan tersebut, dan menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai andaian mengenai nasib kucing-kucing kesayangan Allahyarham itu.
Penjelasan Cik Todd disambut dengan kelegaan dalam kalangan peminat artis itu.
Adibah meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat kanser ovari.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada Ahad, dengan dihadiri oleh ayahnya Mohamed Omar Zainal Abidin, 87, ahli keluarga dan lebih 100 kawan dan peminat.
Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing2 arwah Adibah Noor terpelihara dgn baik dibawah jagaan PA Adibah Noor & keluarga arwah. Mohon jgn terpedaya dgn berita berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut.
PA Adibah Noor: ( Cik Todd) pic.twitter.com/JzJcAPqO7F
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) June 20, 2022
-BTS Media