BTS Media

Allahyarham Adibah Noor selamat dikebumikan

GAMBAR ATAS: FMT.

 

Jenazah penyanyi dan pelakon terkenal, Adibah Noor, 51, selamat dikebumikan pagi tadi.

Astro Awani melaporkan jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur pada 11.31 pagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah selesai dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Ansar.

Ratusan hadirin, termasuk ahli keluarga dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Adibah.

Adibah meninggal dunia akibat kanser ovari di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 7.45 malam Sabtu.

Adibah merupakan penyanyi dan penulis lirik lagu hit “Terlalu Istimewa” pada 2005, dicipta khas sebagai penghormatan terhadap tragedi pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa kes jenayah pedofilia.

Ratusan hadirin, termasuk ahli keluarga dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Adibah Noor.

Pelakon filem Sepet dan Mukhsin itu juga dikenali dalam pelbagai iklan televisyen dan pernah bertugas sebagai penyampai Radio Suria FM.

Sebelum melangkah ke dalam karier seni, penyanyi bersuara lunak itu merupakan guru bahasa Inggeris, penterjemah untuk syarikat korporat dan duta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sepanjang karier seninya, Adibah pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lagu Balada Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2006.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/19/jenazah-adibah-noor-selamat-dikebumikan/

Leave a Comment