Oleh Yusoff A. Shariff
Buat pertama kali sejak 18 Dis 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Peralihan kepada fasa endemik dipacu oleh data, dan marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya dalam tweet pada Ahad (19 Jun).
Sementara itu, setakat Ahad seramai 1,294,225 atau 36.5% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapat vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk kanak-kanak (PICKids).
Today, for the first time since 18th December 2020, Malaysia will be reporting 0 deaths due to COVID-19.
Our ongoing transition to endemicity has been calibrated and data-driven. Let us pray it continues paying off.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) June 19, 2022
-BTS Media