BTS Media

Bekalan ikan akan kembali normal bulan ini

GAMBAR ATAS: Aziz A. Shariff.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Bekalan ikan akan kembali normal bulan ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Ahmad Hamzah.

Beliau berkata, peningkatan bekalan dijangka berterusan sehingga mencapai kemuncaknya pada Oktober.

Menurut beliau, ia bergantung pada musim setiap tahun, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu mempengaruhi bekalan, lapor Sinar Harian.

Ahmad yang berkata demikian selepas merasmikan ‘Pesta Orkid, Flora dan Herba 2022’ di Pusat Transformasi Luar Bandar di Tunjung, Kota Bahru pada Jumaat (4 Jun) juga menjelaskan bahawa faktor cuaca menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut.

Bagaimanapun, beliau berkata buat masa ini stok bekalan ikan negara mencukupi untuk keperluan rakyat.

Menyentuh tentang isu sekuriti makanan yang hangat dibahaskan dalam kalangan rakyat, Ahmad memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa memantau keadaan bagi memastikan bekalan makanan di negara ini mencukupi.

-BTS Media

Leave a Comment