GAMBAR ATAS: Aziz A. Shariff
Oleh Fetty Rara
Mesyuarat kabinet yang biasanya diadakan pada Rabu akan diawalkan ke Isnin bagi membincangkan kenaikan harga barang keperluan dan isu bekalan ayam.
Perdana Menteri Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan membentangkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang pada mesyuarat itu.
Pada sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hari ini (Ahad 22 Mei), beliau berkata kerajaan bukan sahaja menumpukan perhatian kepada isu bekalan ayam, tetapi juga isu kos sara hidup yang dijangka meningkat berikutan perang Rusia-Ukraine.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan melihat mempertimbangkan  pemansuhan Permit Diluluskan (AP) lain untuk menangani isu bekalan dan harga makanan.
Menurut beliau, setelah keperluan AP dimansuhkan untuk import bahan makanan, kerajaan mungkin akan melihat AP lain juga.
Pada 20 Mei, kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP ke atas import bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.
-BTS Media