Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakam penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di negara ini sempena Hari Guru 2022.
Bekas perdana menteri yang pernah menjadi menteri pendidikan berkata segala jasa dan pengorbanan para guru dalam usaha mendidik anak bangsa ke arah menjadikan warga berguna sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Melalui catatan Facebook pada Isnin (16 Mei), beliau sebagai pengerusi MPN berkata sambutan Hari Guru 2022 pasti lebih meriah memandangkan negara telah memasuki Fasa Endemik Covid-19 yang menyaksikan penarikan balik sekatan, justeru membolehkan warga guru meraikan hari ini di luar kepompong ‘norma baharu’.
-BTS Media