BTS Media

Sekarang masa terbaik untuk adakan PRU15, dakwa Mohamad Hassan

 

Oleh Fetty Rara

Masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 ialah sekarang, kata Mohamad Hasan.

Timbalan presiden UMNO itu berkata, beliau telah membentangkan perkara itu dalam laporan pada perhimpunan agung parti sebelum ini.

Beliau memberitahu media demikian pada Rabu (11 Mei) selepas melancarkan satu forum di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohamad berkata keputusan itu terpulang kepada Perdana Menteri, kerana hanya beliau yang boleh mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen.

Beliau berkata Perdana Menteri mempunyai pandangan sendiri dan pertimbangan lain, termasuk kemungkinan menunggu MOU dengan pembangkang tamat pada 31 Julai

“Kami akan menunggu sehingga 31 Julai dan kemudian membincangkan perkara ini,” tambahnya.

Menurut Mohamad, parti itu akan hanya membincangkan isu tersebut dengan Perdana Menteri dan bukannya memberi tekanan kepada beliau.

Beliau mendakwa kesesuaian masa sekarang untuk diadakan PRU15 adalah kerana ‘pembangkang kucar-kacir’.

Kerajaan dan pemimpin Pakatan telah menandatangani MOU kerjasama dwipartisan dan kestabilan politik pada 13 Sept tahun lepas, di mana kerajaan antara lain bersetuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai, demi kestabilan politik.

-BTS Media

Leave a Comment