BTS Media

KKM siasat saringan darah palsu sasar warga emas

GAMBAR ATAS: Vegasjon, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat dakwaan bahawa satu kempen saringan darah palsu yang menyasarkan warga emas sedang aktif di Lembah Klang.

Kegiatan kumpulan yang menjalankan ‘kempen’ tersebut dikatakan memperdayakan warga emas untuk membeli produk kesihatan yang mereka tidak perlukan.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin KKM akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan mereka yang terlibat.

Beliau berkata perkara itu perlu disiasat segera dan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit jika benar wujud.

Khairy memberitahu media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini bahawa tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa polis

“Kita tidak mahu rakyat, khususnya warga emas menjadi mangsa dan terpedaya dengan kempen sebegini,” kata beliau.

-BTS Media

Leave a Comment