Oleh Yusoff A. Shariff
Kerajaan negeri Sabah akan pertimbang ambil tindakan undang sekiranya tiada persetujuan dicapai dengan Putrajaya berhubung hasil cukai yang tertunggak.
Menteri Kewangan II Sabah, Masidi Manjun berkata rundingan tentang perkara ini masih berjalan dan pihak kerajaan negeri akan mempertimbang mengambil jalan undang-undang untuk menanganinya, lapor Borneo Post.
Masidi berkata Sabah hanya bersetuju untuk mengambil bayaran “interim” sebanyak RM125 juta setiap tahun dari Putrajaya, sambil menambah bahawa jumlah itu akan berubah selepas persetujuan dicapai berhubung formula 40%.
Menurut beliau kedua-dua pihak telah bersetuju mengenai interpretasi kadar 40%, dan pihak Sabah akan terus berunding.
Para pemimpin Sabah telah mendesak kerajaan persekutuan supaya mematuhi peruntukan perlembagaan mengenai perkongsian hasil, tetapi kerajaan persekutuan berkata peruntukan itu telah digantikan oleh kerajaan negeri setelah bersetuju menerima geran tetap persekutuan tahunan.
Pada pertengahan April, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bayaran tahunan kepada Sabah akan dinaikkan kepada RM125.6 juta tahun ini, lebih empat kali ganda daripada RM26.7 juta yang dibayar kepada negeri itu sebelum ini. Jumlah ini akan meningkat setiap tahun untuk tempoh 2023 hingga 2026.
-BTS Media