BTS Media

Kelam kabut bila tiba-tiba diumumkan raya Isnin

Ada yang sedang muenuju ke masjid untuk menunaikan solat tarawih apabila dimaklum bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin (2 Mei) dan kedengaran takbir raya.

Kelam kabut dibuatnya membatalkan niat solat sunat itu, dan sebaliknya bergegas mencari amil zakat fitrah intuk menunaikan tanggungjawab pada saat akhir.

Maka itu, mereka terpaksa beratur panjang untuk membayar zakat fitrah sebaik sahaja tarikh sambutan Aidilfitri diumumkan.

Menurut Berita Harian hampir 200 orang berbaris panjang untuk membayar zakat fitrah di lima kaunter yang dibuka di ruang khas Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Di Masjid Abidin pula hingga berlaku kesesakan lalu lintas, apabila lebih 500 orang menyerbu kaunter zakat untuk menjelaskan zakat fitrah.

Kesesakan berlaku disebabkan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan untuk memasuki perkarangan masjid.

Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad semalam bahawa Aidilfitri disambut hari ini mengejutkan kebanyakan umat Islam di negara ini yang yakin ia bakal disambut esok, seperti mana ditentukan sejak sekian lama.

Pengumuman itu turut memberi impak kepada orang ramai yang bergegas menjadualkan semula waktu membuat persiapan jamuan raya.

Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung pada Isnin, mereka terpaksa berdepan dengan dilema, dan mahu tak mahu terpaksa mengharungi kesesakan lebuh raya pada waktu sanak saudara di kampung sibuk merayakan Aidilfitri.

-BTS Media

Leave a Comment