BTS Media

Berikan kerjasama bila diminta tunjuk status MySejahtera

GAMBAR ATAS: Aziz . Shariff

 

Orang ramai digesa patuh sekiranya premis perniagaan meminta untuk melihat status risiko mereka di MySejahtera kerana tiada lagi daftar masuk wajib mulai hari ini Ahad (1 Mei).

Melaui catatan Twitter semalam (29 April) Khairy jamaluddin turut menggesa mereka yang didapati positif Covid-19 supaya bersikap bertanggungjawab, duduk di rumah dan mematuhi Perintah Pengawasan Rumah (HSO).

Pada Rabu (27 April), Menteri Kesihatan mengumumkan kelonggaran SOP tertentu, termasuk penarikan balik keperluan memakai pelitup muka ketika berada di luar, penjarakan fizikal, dan kapasiti operasi untuk perniagaan, selain pendaftaran atau imbasan kod QR aplikasi MySejahtera.

-BTS Media 

 

Leave a Comment