Oleh Zainal AS Rashid
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS adalah parti pembangkang sekutu dalam Pakatan Harapan di Johor and Melaka kata Datuk Seri Salahuddin Ayub
Oleh itu, kedua-dua parti tersebut tidak seharusnya dikecualikan secara automatik daripada konsep “khemah besar” PH semata-mata atas dasar bahawa mereka adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan.
Dengan itu, beliau yang merupakan timbalan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) masih berpegang kepada cadangannya walaupun ditolak oleh sekutu PH dan PAS, lapor sebuah portal berita (di sini).
Beliau berkata selepas dua pilihan raya negeri itu, Bersatu dan PAS kini adalah pembangkang di Melaka dan Johor, justeru ada keperluan untuk membincangkan penglibatan mereka dalam isu-isu kepentingan awam dan bukan hanya bagi inisiatif ‘khemah besar’.
Menurut Salahuddin perbincangan boleh menyentuh tentang persefahaman bersama.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan menggesa pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung dakwaan konspirasi untuk menjejaskan sistem kehakiman negara di ibu pejabat polis daerah Johor Baru Utara semalam (Khamis 28 April).
Perbincangan boleh menyentuh tentang persefahaman bersama.
Bagaimanapun, beliau memahami bahawa Bersatu dan PAS memerlukan kelulusan kepimpinan parti mereka untuk menyertai inisiatif “khemah besar”.
Beliau mempersoalkan kenapa pemimpin PH, Bersatu dan PAS bersama dan berbincang perkara itu.
Pengarah pilihan raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Rabu (27 April) dilaporkan berkata parti Islam itu tidak akan mengadakan kerjasama politik atau menyertai inisiatif “khemah besar” yang dicadangkan oleh pemimpin tertentu dalam pembangkang untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
Sabtu lepas, timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu masih belum membuat pendirian mengenai inisiatif “khemah besar” untuk menghadapi PRU15.
Pada 21 April lalu, Salahuddin menggesa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua parti blok pembangkang, termasuk dalam Perikatan Nasional (PN), menjelang PRU15.
Beliau berkata langkah sebegitu ke arah mewujudkan inisiatif “khemah besar” adalah penting untuk memastikan semua parti blok pembangkang dapat bersatu apabila berdepan dengan BN dan UMNO pada dalam pilihan raya akan datang.
-BTS Media