BTS Media

Bersatu gerakkan tabung bantu pulih Masjid Al-Aqsa akibat kekejaman tentera rejim Zionis

 

Oleh Fetty Rara

KUALA LUMPUR, 25 April – Tabung untuk membantu memulihkan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis telah dilancarkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sehubungan itu juga, sejumlah 6,000 masjid di seluruh negara akan dijadikan ‘keluarga angkat’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui inisiatif wakaf tanah di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis yang terjejas angkara tentera rejim Zionis Israel.

Sebagai permulaan Bersatu telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada tabung ‘Bantu Al-Aqsa’ yang ditubuhkan bagi membantu membaik pulih infrastruktur masjid tersebut sebagai tambahan kepada bantuan daripada beberapa negara Arab yang didapati tidak mencukupi untuk memulihkan masjid yang penting dalam Islam itu.

Konsep kempen wakaf ini berteraskan fardu kifayah melalui ‘pemilikan’ tanah sebahagian dari masjid tersebut oleh umat Islam di Malaysia yang menyumbang.

Bersatu akan menyalurkan dana yang diperoleh terus ke akaun Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), kata Ketua Armada Bersatu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada media semasa majlis berbuka puasa Bersatu di Kuala Lumpur semalam (Ahad 24 April).

Semua Bahagian Bersatu akan membantu dalam inisiatif ini dengan turun ke kariah kawasan Parlimen masing-masing untuk membawa mesej wakaf dan infak kepada masjid di kawasan masing-masing.

Beliau berkata adalah diharap matlamat kempen  dengan kerjasama  MAPIM  ini akan dicapai sebelum akhir Ramadan.

-BTS Media

Leave a Comment