BTS Media

KPM, Al-Azhar Al-Sharif pinda perjanjian tingkat kualiti sijil agama STAM

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir meminda Memorandum Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan (MoA) berkaitan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin, berkata pindaan itu membabitkan pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran STAM bagi meningkatkan lagi kualiti sijil pelajaran itu.

“Pindaan ini juga meningkatkan kualiti lepasan STAM bagi membolehkan mereka berupaya melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir,” katanya pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2022 /1443 H di Masjid Wilayah, ibu negara, hari ini.menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu Radzi menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2022 /1443 H di Masjid Wilayah, ibu negara, pada Khamis (7 April).

Melalui Memorandum Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan (MoA) yang ditandatangani pada 18 November 1999, urusan kemasukan murid Malaysia ke Universiti Al-Azhar dikendalikan KPM dan Al-Azhar Al-Sharif.

Radzi berkata, WOAG Malaysia yang turut bersama-sama membantu KPM dalam memudahkan rundingan dengan pihak Al-Azhar Al-Sharif, termasuk dalam urusan STAM.

Radzi: Kerjasama antara KPM dan Universiti Al Azhar terus dipertingkatkan

Sementara itu, Radzi dalam catatan di Facebooknya menzahirkan penghargaan kepada kepada WOAG Malaysia atas usaha berterusan untuk memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia.

“Khusus dalam sektor pendidikan, kerjasama antara KPM dan Universiti Al Azhar terus dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan, termasuk penambahbaikan pelaksanaan kurikulum dan juga pentaksiran STAM,” katanya.

Katanya, KPM akan memastikan jalinan kerjasama dengan Universiti Al-Azhar dan penglibatan WOAG Malaysia terus diperkukuh demi memperkasa serta meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan bahasa Arab di negara kita.

Leave a Comment