Oleh Yusoff A. Shariff
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubung keputusan UMNO untuk tidak meneruskan perjanjian antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata pertemuan dengan Ismail Sabri itu akan membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, dirinya, serta presiden parti komponen lain.
Menyatakan demikian kepada media di Terengganu pada Jumaat (15 April), beliau menjelaskan bahawa mereka telah bersetuju bahawa sebarang keputusan yang diambil perlu dibuat dengan persetujuan semua pihak.
Menurut beliau keputusan UMNO untuk menamatkan MOU dengan PH adalah sekadar keputusan parti itu, dan menegaskan bahawa kerajaan sekarang dikuasai oleh PN.
Ini kerana 70 kerusi adalah milik Perikatan sebagai tambahan kepada kerusi UMNO.
Gabungan PN terdiri daripada 32 Ahli Parlimen Bersatu, 17 Ahli Parlimen PAS dan seorang Ahli Parlimen parti Sabah, STAR.
Kerajaan sekarang diketuai oleh PN yang dipengeruskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Hadi berkata PAS masih belum membuat keputusan mengenai calon perdana menterinya untuk Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau berkata rakyat akan menentukan, jadi ia diserahkan kepada rakyat.
Sebelum ini Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam kenyataan pada Khamis (14 April) berkata majlis tertinggi (MT) parti itu telah sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri untuk PRU Ke-15.
Dalam pada itu UMNO menyatakan bahawa pihak MT telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan persefahaman antara Putrajaya dan kerajaan.
Keputusan itu kemudian disahkan semula oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat (15 April.
Juga, pada Jumaat (15 April) Ismail Sabri pada semasa satu acara di Putrajaya berkata kerajaan akan akur dengan keputusan yang dibuat UMNO dan MT untuk tidak melanjutkan MOU selepas 31 Julai.
-BTS Media