BTS Media

Covid-19: Dos penggalak kedua dibenarkan untuk yang berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi

GAMBAR ATAS: Arne Müseler / www.arne-mueseler.com, CC BY-SA 3.0 DE <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/de/deed.en>, via Wikimedia Commons

 

Oleh Fetty Rara

Individu berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi akan dibenarkan mendapat suntikan penggalak vaksin Covid-19 kedua, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Khamis (14 April) ia boleh diberikan selepas empat hingga enam bulan selepas dos penggalak pertama.

Individu lemah imun sederhana atau serius  yang berumur 12 tahun ke atas juga boleh mendapatkan dos penggalak.

Beliau berkata mereka yang mengunjung ke luar negara dan perlu memenuhi syarat vaksinasi negara tuan rumah juga akan dibenarkan menerima suntikan dos penggalak kedua.

Khairy berkata dos penggalak kedua boleh diambil sekurang-kurangnya sebulan selepas penggalak pertama.

Katanya lagi, berdasarkan data saintifik, vaksin Pfizer disyorkan sebagai dos penggalak kedua.

-BTS Media

Leave a Comment