BTS Media

Setelah beberapa bulan kes helikopter bawa nasi ganja masih disiasat

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Siasatan berhubung kes helikopter digunakan untuk membawa ‘nasi ganja’ di Ipoh tahun lepas masih berjalan, kata Ketua Polis Peraks Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya dan sedang menunggu keputusan.

Menurut beliau telah beberapa kali kerts siasatan diserahkan tetapi masih memerlukan siasatan lanjut.

Mior Faridalathrash memberitahu media di Ipoh pada Selasa (12 April) bahawa kes tersebut belum lagi ditutup.

Beliau berharap keputusan diperoleh dalam masa terdekat, sama ada perkara tersebut dibawa ke mahkamah atau dikompaun.

Awal bulan ini, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Sidek Hassan dilaporkan berkata bahawa “kes mudah” harus diselesaikan dengan cepat oleh pihak berkuasa atau berisiko menjejaskan integriti mereka.

Sidek merujuk kepada kes di mana sebuah helikopter digunakan untuk mengangkut 36 bungkus nasi ganja di Ipoh pada Julai tahun lepas.

Pada 23 Julai 2021, helikopter yang hanya dibenarkan merentasi sempadan negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan itu dilihat mengambil 36 paket nasi ganja setelah mendarat di Padang Ipoh.

-BTS Media

Leave a Comment