Oleh Fazli Rahim
Ketika makan pada waktu sahur apabila mulut rasa tawar, banyak cara yang dipilih untuk membuka selera.
Antara yang paling popular ialah telur masin.
Justeru, setiap kali menjelang Ramadan, telur masin menjadi antara bahan yang seharusnya disimpan dalam stok dapur.
Populariti makanan ‘marhaen’ yang tidak pernah tewas dalam menu ini telah menjadikan telur masin sebagai satu peluang perniagaan yang dapat mengisi ‘niche’ bagi seorang pengusaha di Kampung Banggol Batu, Lenggong.
Warisan Tokpah Farm yang diusahakan oleh Umi Kalsom Hassan, 53, kini menjadikan telur masin antara produk utama.
Pendekatan pengeluaran secara ‘homemade’ air tangan sendiri berdasarkan resipi turun temurun beliau kini didapati di beberapa lokasi, termasuk di Pekan Sabtu Lenggong dan Pasar Tani Taman Bougenvilla, Kuala Kangsar, selain sebagai antara pembuka selera di kedai-kedai makan serta pemasaran dalam talian.
Bermula secara kecil-kecilan di rumah, telur masin yang dihasilkan oleh Umi Kalson sering kali tidak mampu memenuhi permintaan pada Ramadan, hingga mendorong beliau membuka usaha industri kecil dan sederhana melalui Warisan Tokpah Farm.
Telur Masin Warisan Tok Pah Farm boleh ditempah melalui talian 013-2368406 atau atas talian di Warisan Tokpah Farm | Facebook.
-BTS Media