BTS Media

Pertumbuhan KDNK boleh dicapai dengan pembukaan sempadan – Mustapha

GAMBAR ATAS: Mustapa memberi taklimat di Jakarta/Foto: Facebook Mustapa Mohamed.

 

Oleh Fetty Rara

Pembukaan semula sempadan antarabangsanya mulai 1 April meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 5.5% hingga 6.5% untuk tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia akan memberi impak positif kepada ekonomi, khususnya sektor perkhidmatan.

Memandangkan rakyat, sektor perniagaan, termasuk industri kecil dan sederhana telah sejak sekian lama menantikan sempadan dibuka semula, beliau berkata kerajaan yakin unjuran KDNK itu dapat direalisasikan.

Mustapa memberitahu media demikian semasa lawatan ke Ekspo Penjagaan Kesihatan Malaysia 2022 di Jakarta pada Ahad (27 Mac).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal bulan ini telah mengumumkan peralihan negara ke fasa endemik Covid-19 pada 1 April depan, yang juga membabitkan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

-BTS Media

Leave a Comment