BTS Media

Allianz General tingkatkan usaha tuntutan banjir

Inisiatif tuntutan pantas banjir oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah memudahkan syarikat untuk membantu sejumlah 53 pelanggan berikutan banjir kilat yang melanda Lembah Klang awal minggu ini.

Dua buah trak 4×4 berjenama Allianz, sebuah caravan tuntutan dan sebuah pasukan pelaras telah digerakkan untuk membantu pelanggan di beberapa lokasi di Lembah Klang, sementara trak tunda Allianz Road Rangersnya menyediakan bantuan penundaan kepada 76 buah kenderaan (kereta persendirian dan motosikal), dengan hanya 25 pelanggan yang mempunyai perlindungan banjir dalam polisi insurans mereka.

“Banjir kini merupakan kejadian yang biasa berlaku dan ia adalah sebuah cabaran yang besar buat penanggung insurans. Tetapi kita harus sentiasa bersedia, bertindak pantas dan berkhidmat untuk pelanggan kami apabila mereka memerlukannya. Kali ini, kami mempunyai 60 buah trak tunda Allianz Road Rangers yang sentiasa bersedia di Lembah Klang untuk memastikan kami boleh segera berkhidmat untuk pelanggan kami,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan untuk Allianz General.

Aset penyelesaian tuntutan banjir pantas Allianz General dianggotai oleh tujuh buah trak 4×4 berjenama Allianz, sebuah caravan tuntutan dan sebuah pasukan pelaras seluruh negara, manakala armada Allianz Road Rangers terdiri dari 250 unit.

Untuk penyelesaian tuntutan pantas, pelanggan Allianz General boleh hubungi 1-800-22-5542 dan seorang pelaras akan dihantar untuk meninjau hartanah yang terkesan dalam masa 24 jam untuk membantu tuntutan.

Untuk pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover), Syarikat menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau pembayaran sementara dalam tempoh lima hari selepas lawatan dari pelaras.

Pelanggan yang memiliki insurans kebakaran (jalur komersial), akan menerima pembayaran dalam masa lima hari setelah menerima kunjungan dari pelaras, dimana penyelesaian tuntutan penuh dibayar antara 21 hingga 28 hari setelah menerima kunjungan dari pelaras. Namun, sekiranya atas sebab apa pun, Syarikat tidak dapat menyelesaikan tuntutan sebelum hari yang ke 28, maka pembayaran sementara kedua akan dibuat sebelum hari ke 30.

-Allianz General

Leave a Comment